PeribahasaKerbau menanduk, kerbau pergi.TakrifSiapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerebut merampas, membunuh membangun.TakrifSegala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencencang memampas, membunuh membangun.TakrifSegala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun.TakrifSegala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas.TakrifSegala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang.TakrifTiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata setimpal |
|
|