PeribahasaCembul dengan tutupnya.TakrifSesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai cembul dapat tutupnya.TakrifSesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertemu ruas dengan buku.TakrifSesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengenakan baju di badan maka sesuai.TakrifMenentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti telap dengan tudungnya.TakrifSesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai dulang dengan tudung saji.TakrifSesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersua beliung dengan sangkal.TakrifSangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lepat dengan daun.TakrifSangat sesuai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana terung bertunang ikan kering.TakrifSangat sesuai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti santan dengan tengguli (= gula).TakrifSangat sesuai; sepadan benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |