PeribahasaSesat surut, terlangkah kembali.TakrifMemperbaiki kesalahan yang telah terjadi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSesat di hujung jalan, balik ke pangkal.TakrifKalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelarai sesat taja.TakrifSesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. kelarai = corak anyaman; taja = permulaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.TakrifSesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi bisu sesat di kaki (= dijalan), si pembohong sesat di lidahnya.TakrifOrang yang suka berdusta akhirnya celaka sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegan bertanya sesat jalan.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai.TakrifSekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumpang di biduk tiris.TakrifIkut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.TakrifMalas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|