Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
441 | Like as two peas in a pod | Sama rupa | Seperti peluru dua setuangan | We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are like as two peas in a pod. | Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti peluru dua setuang. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
65 | Make bricks without straw | Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. | Seperti hendak menepung tiada berberas | We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without | Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
408 | The more you get, the more you want | Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. | Seperti keranjang bobos | I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough. | Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi seperti keranjang bobos. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
571 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
530 | Six of one and half a dozen of the other | Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. | Seperti birah dengan keladi | My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. | Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
526 | It's six of one and half a dozen of the other | Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. | Seperti lima belas dengan tengah dua puluh | My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. | Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
240 | Old ideas die hard | Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah. | Seperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati | People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard. | Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
235 | Old habits die hard | Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah. | Seperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati | People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard. | Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
475 | The pot calling the kettle black | Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. | Kata periuk belanga hitam | My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' | Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!'' | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
474 | The pot calling the kettle black | Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. | Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang | My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' | Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!'' | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |