PeribahasaBulat segiling, pecak setapik.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.TakrifKata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSesat di hujung jalan, balik ke pangkal.TakrifKalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Daun sirih dari Langkat, Lalu dibawa ke Inderagiri; Sudah kasih tidak sepakat, Biar hamba mengundur diri.
Lihat selanjutnya... |
|