PeribahasaSemut mati di gula.TakrifManusia tersemu dengan pujuk rayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi.TakrifSesuatu yang mustahil dilakukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai semut penghimpun melukut.TakrifOrang yang rajin bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati semut kerana gula (= manisan).TakrifMendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.TakrifPemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik seperti semut, turun seperti ribut.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan.TakrifOrang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga.TakrifPerjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.TakrifPerjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda gula, ada semut.TakrifDi tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata semut-semut |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang.
Lihat selanjutnya... |
|