PeribahasaJika baik ada cacatnya.TakrifTidak ada yang sempurna benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti hendak menepung tiada berberas.TakrifTiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemahiran itu sebaik-baik guru.TakrifSesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana ada buluh tidak berbuku?TakrifTak ada sesuatu yang sempurna benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dengan orang tak berambut.TakrifBerselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.TakrifPelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.TakrifPerbuatan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.TakrifOrang yang tidak sempurna akal fikirannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.TakrifPekerjaan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeumpama telur sesarang, dierami induknya.TakrifAnak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |