PeribahasaSemak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh.TakrifSesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik-baik. ditutuh = dipotong cabangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari semak ke belukar.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenohokkan lembing ke semak.TakrifPerbuatan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai getah dibawa ke semak.TakrifPerkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.TakrifDalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.TakrifMemegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata semak-semak |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.
Lihat selanjutnya... |
|