PeribahasaAsal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.TakrifSangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.TakrifOrang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.TakrifMembuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDipanggang tiada hangus.TakrifSelamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak dihambat akar, dihambat dahan.TakrifSesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.TakrifPerbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.TakrifSesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.TakrifPekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal sabut terapung, asal besi tenggelam.TakrifUntung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.TakrifUntuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |