PeribahasaSeutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.TakrifJika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.TakrifMasing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMatilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.TakrifOrang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRebut rampas bertanda-beti.TakrifSekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSatu dijentik, sepuluh rebah.TakrifSeorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSatu ditetak, sepuluh rebah.TakrifSeorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.TakrifHendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai di rumah induk bako.TakrifMerasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.TakrifKalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.TakrifSekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |