PeribahasaSekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya.TakrifSekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi.TakrifSudah tua sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu masuk di mulut gajah.TakrifBinasa sama sekali (tak dapat ditolong lagi). (Bandingkan dengan: Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali.TakrifPersahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil hutang diansur, habis hutang dibayar.TakrifTiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerat rotan, patah arang.TakrifTelah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.TakrifPersahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
256 | History repeats itself | Jika sesuatu itu pernah berlaku maka ia boleh berlaku lagi. | Sejarah berulang | O my people, we have to remain steadfast and united, and never shall we betray one another lest our beloved soil should fall to the enemies. Our ancestors had lived in misery when the enemies conquered this land. Thus, do not let history repeats itself, said the king. | ''Wahai rakyat beta sekelian, kita harus berdiri teguh dan bersatu, dan jangan sekali-kali mengkhianati antara satu sama lain agar tanah air yang kita cintai ini tidak jatuh ke tangan musuh. Nenek moyang kita bernafas dalam kesengsaraan setelah musuh menakluki bumi ini. Maka, jangan biarkan sejarah berulang kembali,'' titah raja itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
444 | Look before you leap | Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). | Sepuluh kali ukur, sekali kerat | I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. | Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 444 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Sepuluh kali ukur, sekali kerat I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|