PeribahasaSeperti beranak besar hidung.TakrifOrang yang sebentar-sebentar menengok dan menunjukkan barang yang baru diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.TakrifKedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekudung limbat, sekudung lintah.TakrifFikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sepatung mandi.TakrifSebentar amat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelama capung cebok.TakrifSebentar saja; suatu perbuatan yang lekas sekali selesainya. (Biasa juga: Selama sepatung mandi). capung = sepatung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kiambang dilempar.TakrifBercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai terung terantuk ke dinding.TakrifDatang berkunjung sebentar saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lurus-lurus telunjuk.TakrifMengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menjenguk jerat sial.TakrifMelawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.TakrifDaripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |