Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai sadur menimbulkan(kan) senam.

Takrif

Telah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Takrif

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai orang mencacak tonggak saja.

Takrif

Masing-masing diam tidak berkata-kata. mencacak = berdiri tegak lurus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai orang mabuk gadung.

Takrif

Pucat lesi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai minyak dengan air.

Takrif

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai langau di ekor gajah.

Takrif

Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai kunyit dengan kapur.

Takrif

Mudah dan lekas mesra.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Takrif

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai kera mendapat pisang.

Takrif

Sangat gembira.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.



Lihat selanjutnya...