PeribahasaSebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.TakrifKerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang.TakrifOrang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab mulut leher terjerat.TakrifKecelakaan yang timbul kerana percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.TakrifKerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab budi boleh kedapatan.TakrifTingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab buah dikenal pohonnya.TakrifDaripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga.TakrifKerana melawan perintah (menentang) orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab bahasa menunjukkan bangsa.TakrifBudi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.TakrifPercakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau ditakuti sebab giginya.TakrifOrang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |