PeribahasaSaya getah daun, dia getah batang.TakrifSaya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu.TakrifOrang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada berbau telunjuk saya.TakrifCerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang saya, tak ada wang abang payah.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuan belum berhawadaba lagi saya sudah tahu.TakrifLebih dulu mengetahui maksud seseorang. hawadaba = aliran udara, bau yang dibawa udara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.TakrifTiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak sama getah daun dengan getah batang.TakrifKasih kepada anak sendiri tak sama dengan kasih kepada anak saudara. (Bandingkan dengan: Saya getah daun, dia getah batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |