PeribahasaSarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.TakrifMenyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah.TakrifOrang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk sarang harimau.TakrifTermasuk ke dalam bahaya besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjolok sarang tabuan.TakrifSengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan merempuh sarang lebah.TakrifBahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSarang tabuhan jangan dijolok.TakrifJangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.TakrifMendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPayah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.TakrifMenghadapi musuh yang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.TakrifMempertahankan diri di tengah-tengah musuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.TakrifOrang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |