PeribahasaBagai rupa tungkahan.TakrifSangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rupa tokak dibasuh.TakrifSangat buruk. tokak = kudis besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemilih sangat, terpilih buku.TakrifKerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemilih tebu dapat teberau.TakrifKerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPilih-pilih ruas (= tebu), terpilih pada buku (= dilabu muda).TakrifKerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anjing buruk kepala.TakrifOrang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh.TakrifOrang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kain buruk dibakar tak berbau.TakrifKemiskinan yang amat sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti Kur'an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.TakrifDulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |