PeribahasaBagai anjing melintang denai.TakrifSangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.TakrifSangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.TakrifSangat rindu; sangat berkasih-kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.TakrifTidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik.TakrifBersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).TakrifKerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemilih sangat, terpilih buku.TakrifKerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah luka payah sembuhnya.TakrifMencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai aur dengan tebing.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepantun kasau dengan bubungan.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |