PeribahasaMasin lagilah garam sendiri.TakrifSanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapur di hujung telunjuk.TakrifTidak dapat menolong sanak saudara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembasahkan garam sendiri.TakrifMenolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.TakrifAib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau getah meleleh, kalau daun melayang.TakrifDalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersaksi ke lutut.TakrifMinta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.TakrifSejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.TakrifKerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |