PeribahasaPatah batu hatinya.TakrifHilang sama sekali kemahuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah jadi abu arang.TakrifRosak sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJahit sudah, kelindan putus.TakrifHabis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerat rotan, patah arang.TakrifTelah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti dijilat lebai.TakrifLicin tandus; habis sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu masuk di mulut gajah.TakrifBinasa sama sekali (tak dapat ditolong lagi). (Bandingkan dengan: Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelam bagai malam dua puluh tujuh.TakrifSesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.TakrifPersahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencencangkan lading patah.TakrifMembanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencencangkan sesuatu lading yang hilang.TakrifMembanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |