PeribahasaMatahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya.TakrifPemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak ajung berat sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama adil |
|
|