PeribahasaSabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.TakrifOrang yang sabar akan berhasil usahanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin.TakrifSanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenggam bara api biar sampai jadi arang.TakrifMembuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.TakrifMenasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kain kasa di atas duri.TakrifSuatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).TakrifKerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |