PeribahasaBagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.TakrifTiada memilih (makanan atau perbuatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerat rotan, patah arang.TakrifTelah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeminta rotan yang sekerat.TakrifHendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.TakrifJika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada rotan, akar pun berguna (= jadi).TakrifKalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda rotan, ada duri.TakrifDalam kesenangan tentu ada kesusahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau bertanduk, rotan beronak.TakrifOrang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerpatah arang berkerat rotan.TakrifMemutukan tali persahabatan (persaudaraan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.TakrifOrang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
571 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
212 | When all fruit fails, welcome haws | Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. | Tiada rotan, akar pun berguna | During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. | Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotan; |
|
Puisi |
---|
|
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 212 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Tiada rotan, akar pun berguna During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|