PeribahasaBagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.TakrifTiada memilih (makanan atau perbuatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerat rotan, patah arang.TakrifTelah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeminta rotan yang sekerat.TakrifHendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.TakrifJika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada rotan, akar pun berguna (= jadi).TakrifKalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda rotan, ada duri.TakrifDalam kesenangan tentu ada kesusahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau bertanduk, rotan beronak.TakrifOrang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerpatah arang berkerat rotan.TakrifMemutukan tali persahabatan (persaudaraan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.TakrifOrang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |