PeribahasaAdat lama pusaka usang.TakrifAdat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.TakrifTiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemahat di dalam baris, berkata dalam pusaka.TakrifMengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemecah damar atau pagu.TakrifMenggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertawa dalam perkabungan.TakrifAhli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pusaka; |
|
Puisi |
---|
|
5Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti; Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkir janji.
Lihat selanjutnya... |
|