PeribahasaKura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.TakrifBertanya sesuatu yang sudah diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenanduk dengan papar.TakrifKekerasan yang pura-pura. papar = rata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidung dicium, pipi digigit.TakrifKasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai orang patah selera, banyak makan.TakrifPura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin.TakrifHidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.TakrifPura-pura tidak tahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan.TakrifBerbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.TakrifMenasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi puyuh.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
287 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul seperti sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.
Lihat selanjutnya... |
|