PeribahasaPuntung sekerat, penyiar rimba.TakrifOrang yang banyak anaknya. siar = bakar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.TakrifAda masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan puntung berasap jua.TakrifPerselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengambil puntung pemukul kepala.TakrifKebaikan dibalas dengan kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTarik puntung padamlah bara.TakrifBerbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaZaman puntung berasap.TakrifZaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.TakrifCerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung berasap.TakrifPerkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. puntung = sisa kayu api yang dibakar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.TakrifOrang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPadam menyala tarik puntung.TakrifDi mana mati, di situlah ditanam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |