PeribahasaMengisi gantang pesuk.TakrifMelakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggungkan gung pesuk.TakrifMembanggakan kekayaan yang telah lalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menampung air dengan limas pesuk.TakrifTak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak melonjak, kopiah pesuk.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengisi perian bobos.TakrifMelakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.TakrifSegala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |