PeribahasaMata satu pertemuan, mata dua perceraian.TakrifKasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepung kena ragi.TakrifPertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gemi berjodoh dengan ikan.TakrifPertemuan yang sangat sesuai. gemi = sejenis ikan, kemi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyinggung mata bisul orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggetil puncak kedal orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan.
Lihat selanjutnya... |
|