PeribahasaDisuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.TakrifPatuh menurut perintah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeras ditakik, lunak disudu.TakrifPerintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasangan tiba di kodok.TakrifPerintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana tepuk begitulah tarinya.TakrifBagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelau-telau seperti panas di belukar.TakrifPerintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.TakrifBagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.TakrifPerintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTimur beralih ke sebelah barat.TakrifLelaki menurut perintah perempuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkemudi ke rusuk.TakrifOrang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan menimpa bumi.TakrifTiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |