PeribahasaPerigi mencari timba.TakrifPerempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.TakrifPerbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.TakrifSesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLupak (men)jadi perigi (= telaga).TakrifOrang miskin menjadi orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga?TakrifOrang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga.TakrifKerana melawan perintah (menentang) orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumput mencari kuda.TakrifPerempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Gali perigi di tengah padang, Boleh saya menumpang mandi; Ingat saya umur panjang, Bulan depan ke mari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|