PeribahasaTerpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.TakrifPerbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidung dicium, pipi digigit.TakrifKasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang tapak tukul, timbul tapak canai.TakrifPerbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.TakrifPerbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.TakrifPerbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengukur baju di badan sendiri.TakrifMenentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengenakan baju di badan maka sesuai.TakrifMenentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuaian diayun anak dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuaian pun digoncang, anak pun dicubit.TakrifMenyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun.TakrifManusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |