PeribahasaAdat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.TakrifAdat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMoncong penuh oleh air, perut berisi batu.TakrifTidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumpit penuh tidak berisi.TakrifOrang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas.TakrifUsaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bulan penuh mengambang di kaki awan.TakrifPerempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSerupa bulan penuh.TakrifKecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.TakrifOrang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenuh sudah bagai menggantang.TakrifPenuh benar-benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyukat penuh sudah.TakrifSudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah penuh sebagai bersukat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah penuh sebagai bersukat.TakrifSudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |