PeribahasaAnak kambing takkan menjadi anak harimau.TakrifOrang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu berani, mati takut.TakrifPengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan ada katak beranakkan ular.TakrifOrang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerosok ular di rumpun bambu.TakrifAncaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRupa harimau hati tikus.TakrifRupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.TakrifOrang yang diam jangan disangka pengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.TakrifOrang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTaruh air di atas daun keladi.TakrifMempercayakan rahsia kepada orang yang bodoh atau pengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |