PeribahasaTelur sesangkak, pecah satu pecah semua.TakrifBersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.TakrifBersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah bunyi (= tepi), buruk berita.TakrifKejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.TakrifHendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah tempayan pekasam, muka berconteng arang.TakrifMendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah periuk nasinya.TakrifHilang mata pencariannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah menanti sebab, retak menanti belah.TakrifSesuatu yang sudah pasti akan berlaku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah kapi, putus suai.TakrifSesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah buyung, tempayan ada.TakrifHilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar pecah di mulut, jangan pecah di perut.TakrifMenyimpan rahsia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah |
|
Puisi |
---|
|
Pokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk.
Lihat selanjutnya... |
|