PeribahasaSeperti bisai makan sepinggan.TakrifSesuatu yang sangat patut dan sesuai. bisai = elok, bagus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemberi barang kepada kera.TakrifMempercayai orang yang tiada patut dipercayai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai babi merasa gulai.TakrifOrang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.TakrifTidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga rabit, pasang subang di kaki.TakrifSesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada tahu antah terkunyah.TakrifTiada merasa ada melakukan sesuatu perbuatan yang kurang patut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok lenggang di tempat datar.TakrifBersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.TakrifMendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |