PeribahasaPasang pelita dilanggar tikus.TakrifKegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasang masuk muara.TakrifTerlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.TakrifNasib manusia tidak dapat ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.TakrifHidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat pasang berturun naik.TakrifApa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda pasang surutnya.TakrifUntung dan malang tidak tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati.TakrifSesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak mengenang pasang surut.TakrifTiada mengingat akan kesusahan pada hari tua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga rabit, pasang subang di kaki.TakrifSesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan difikirkan air pasang saja.TakrifJanganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |