PeribahasaCubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.TakrifJika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.TakrifPandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiberi betis hendak paha.TakrifDiberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.TakrifPemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemberi garam kepada laut.TakrifMenolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti Belanda minta tanah.TakrifDiberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata paha |
|
|