PeribahasaNasi basi penolak nafsu.TakrifPutus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera.TakrifTiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.TakrifSesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan sekambu rosak oleh ikan seekor.TakrifKerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.TakrifKerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|