PeribahasaHabis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.TakrifSesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.TakrifAda masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan rintang rusa oleh tanduknya.TakrifTidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.TakrifTidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan mengambang dikandung awan.TakrifLelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.TakrifSesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera.TakrifTiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemahiran itu sebaik-baik guru.TakrifSesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun.TakrifOrang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.TakrifKebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |