PeribahasaKe langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak).TakrifPekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergelanggang di mata orang banyak.TakrifTerang atau nyata sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUbur-ubur airnya hitam.TakrifOrang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerawal menulang bukit, cerana menengah kota.TakrifTanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMurai berkicau hari siang.TakrifSesuatu yang sudah terang dan nyata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang bagai hari, terang bagai bulan.TakrifKesalahan yang sudah nyata sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari.TakrifKebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.TakrifPerkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyata. |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih satu hasta, Dikoyak-koyak tinggal sejengkal; Pandanglah saya nyata-nyata, Balik ke kampung jangan menyesal.
Lihat selanjutnya... |
|