PeribahasaBerkering air liur.TakrifNasihat yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mestika embun.TakrifMendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDidengar ada, dipakai tidak.TakrifNasihat yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaun keladi dimandikan.TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGaram jatuh di air.TakrifNasihat yang diterima dengan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerunding dengan tunggul (= tungkahan).TakrifMemberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mengatai tunggak (= tunggul).TakrifMemberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menelan mestika embun.TakrifMendengar nasihat yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenampalkan kersik ke buluh.TakrifMemberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya. (Bandingkan dengan: Melekatkan kersik ke buluh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuat tergigit (= tercabut) lidah.TakrifMemberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |