PeribahasaBulan naik matahari naik.TakrifMendapat untung dan bahagia di kiri kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSirih naik, junjungan naik.TakrifMendapat untung dan bahagia silih berganti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik tak bertangga, turun tak berpintu.TakrifMelakukan sesuatu perbuatan yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik melompat, turun terjun.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik dari janjang, turun dari tangga.TakrifMembuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik basuh kaki saja.TakrifMengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjanjang naik, bertangga turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik seperti semut, turun seperti ribut.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaduk naik junjung.TakrifOrang hina merasa dirinya mulia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki naik, kepala turun.TakrifBekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata naik; |
|
Puisi |
---|
|
Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu.
Lihat selanjutnya... |
|