PeribahasaMutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.TakrifIlmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMutiara terkalung ke leher babi.TakrifMendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya?TakrifMerendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya (darjatnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang.TakrifOrang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.TakrifLebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut datang memunggah mutiara.TakrifOrang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.TakrifOrang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |