PeribahasaHabis beralur maka beralu-alu.TakrifMula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKera menegurkan tahinya.TakrifBarang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJejaknya keruh.TakrifAsal usulnya sejak mula sudah kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakal lesung tak dapat dijadikan balok.TakrifKesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak dihambat akar, dihambat dahan.TakrifSesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.TakrifJikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.TakrifSeluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas.TakrifSesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
|