PeribahasaDi mudik sebulakan, di hilir semuara.TakrifPersatuan yang kukuh. bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.TakrifSesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir mudik sungai, semua teluk diranai.TakrifOrang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.TakrifMalas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap mudik.TakrifMudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir.TakrifMemang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.TakrifOrang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.TakrifSudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Mudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali.
Lihat selanjutnya... |
|