PeribahasaYang rebah ditindih.TakrifYang sudah miskin bertambah miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.TakrifOrang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukit jadi paya, paya jadi bukit.TakrifOrang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.TakrifNasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.TakrifKepintaran itu melebihi kekayaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.TakrifHasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai galah dijual.TakrifTerlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapur tidak berasap.TakrifTerlalu miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sampah hanyut.TakrifOrang miskin yang hidup melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPacat hendak menjadi ular.TakrifOrang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |