PeribahasaMinta dedak kepada orang mengubik.TakrifMinta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta pucuk pada alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta darah pada daing.TakrifMinta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tulang kepada lintah (= lidah).TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tanduk pada kuda.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersuluh menjemput (= minta) api.TakrifPerbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggalangkan leher minta disembelih.TakrifSengaja mencari bahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUir-uir minta getah.TakrifBerbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. uir-uir = sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta darah pada dabung.TakrifMinta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.TakrifIri hati kerana melihat kelebihan seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Lihat selanjutnya... |
|