PeribahasaBagai duri dalam daging.TakrifSesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.TakrifMenyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.TakrifSesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati semut kerana gula (= manisan).TakrifMendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat tua menahan ragam.TakrifOrang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.TakrifMendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |