PeribahasaPerut kosong penggilap otak.TakrifLapar menyebabkan orang berfikir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMandi dalam cupak.TakrifSesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab budi boleh kedapatan.TakrifTingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKendur mengusut, tegang memutus.TakrifPentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.TakrifPerolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.TakrifSesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dimakan rahu.TakrifMemeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.TakrifBencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kena sentung pelali.TakrifGadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.TakrifSesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |